Hibah Takaful AIA
Lindungi kesinambungan hidup orang tersayang apabila anda tiada lagi.
Ketiadaan ketua keluarga secara mengejut boleh melumpuhkan kestabilan kewangan waris. Dengan Hibah Takaful AIA, anda menyediakan dana tunai kecemasan segera untuk menyelesaikan komitmen bulanan, pinjaman rumah, dan perbelanjaan pembesaran anak-anak.
- Pencairan Tunai Pantas: Pampasan disalurkan terus kepada waris dinamakan tanpa perlu melalui proses pentadbiran pusaka atau Mahkamah.
- Bebas Dari Pembekuan Aset: Tidak terikat dengan pembekuan akaun bank atau probet, membolehkan waris meneruskan kelangsungan hidup tanpa kelewatan.
- Penggantian Pendapatan (Income Replacement): Menggantikan 5 hingga 10 tahun pendapatan ketua keluarga untuk menyara anak-anak sehingga berdikari.
- Penyelesaian Hutang & Liabiliti: Membantu melangsaikan baki pinjaman peribadi, kad kredit dan perumahan agar tidak menjadi bebanan waris.
- Gandaan Pampasan Kemalangan: Pilihan gandaan pampasan sehingga 200% hingga 300% sekiranya kematian berlaku akibat kemalangan atau di luar negara.
- Fleksibiliti Penamaan Mutlak: Anda bebas menamakan sesiapa sahaja (pasangan, anak-anak, ibu bapa, atau anak angkat) sebagai penerima hibah mutlak.